Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitik kasih dan Cinta dalam hati ini dan kini telah
membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit
ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.
Untuk kekasihku…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang-kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasihku…..
Ingin aku katakan padamu bahwa aku tidak menduakan kasihmu. Aku
tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dimilik oleh mu. Bagaimana aku bisa
mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah
dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi
agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan
menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.
Kekasihku…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar-benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata-kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cinta ku ini melainkan untuk menyatakan bahwa hingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku mohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu jauh dari sisiku.

Missing You Mr.Daniel

Tidak ada komentar:
Posting Komentar